Friday, March 28, 2014

Perkhidmatan Mencetak Baju dan T-Shirt

Salam,

Hari ini bukan sesuatu yang luarbiasa lagi apabila seseorang membeli belah online. Malahan tak keterlaluan kalau kita katakan yang jumlah transaksi tidak lagi menjadi perkara asas untuk menentukan samada kita akan membeli sesuatu secara online atau pun tidak. Tidak terkecuali, perniagaan pakaian yang dijual secara online makin hari makin mendapat sambutan hangat. Custom-made t-shirt misalnya, merupakan antara perniagaan sempoi yang kian mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

Mencetak baju sebenarnya bukanlah satu benda baru dalam dunia percetakan bahkan boleh dikatakan yang bisnes ini memberi sumbangan yang boleh tahan besarnya samada kepada industri pakaian itu sendiri mahupun kepada peniaga-peniaga pakaian. Satu masa dulu barangkali tidak digemari gara-gara teknik yang digunakan untuk mencetak agak leceh dan remeh. Namun senario itu sudah berubah sekarang. Teknologi sudah makin canggih dan pada hari ini, mencetak baju atau mencetak tshirt bukan lagi satu pekerjaan yang susah.

Ada macam-macam jenis teknik mencetak baju dan semua itu ada dipaparkan online di beberapa buah website. Namun, sudah menjadi lumrah pembeli; membeli itu dua tiga puluh kali lebih mudah berbanding membuatnya.

Membeli 10 helai baju t shirt memerlukan masa tak sampai 10 minit dan bermodalkan RM100 (mungkin kurang!) manakalah membuatnya mengambil masa yang sangat panjang malahan terdedah kepada risiko produk tidak menjadi!

Mencetak baju dan print tshirt bolehlah saya anggap sudah menjadi antara bidang perniagaan yang mendatangkan hasil yang lumayan dan menguntungkan ramai pihak; bukan sahaja peniaga, malahan pembeli. Lebih ramai yang menceburi bidang ini, bererti persaingan merebut pembeli semakin meningkat dan sekaligus meningkatkan peluang pembeli untuk memilih yang terbaik untuk mereka; sama ada dari segi harga ataupun kualiti.

Ada yang suka kualiti bagus dan tak kesah tentang harganya.

Ada yang suka harga tshirt yang murah dan tak kesah sangat dengan kualitinya.

Ada yang suka kualiti bagus dan pada masa yang sama masih murah.

Yang peliknya, ada juga yang tak kesah langsung pasal kualiti dan harga! Haha, untung la siapa yang dapat customer macam ni. Alhamdulillah, itu semua rezeki sebenarnya, takde apa yang perlu dipertikaikan. Masing-masing ada bahagian masing-masing kan?